Feed icon

Thursday, October 27, 2011

Orang Malaysia Ini Manja!!!

Salam semua.

Baik, semua orang rasanya sudah mengetauhinya bukan, laman web FAM telah digodam. Sebab? Harga tiket untuk perlawanan akhir Piala Malaysia telah ditetapkan RM50 untuk semua tempat duduk. Satu isu yang bermain dalam fikiran saya, KENAPA PERLU MENGAMUK????

Kalau perlawanan Manchester United atau Arsenal letak harga tiket sampai beratus atau beribu, pastinya anda tidak berfikir dua kali untuk membelinya kan? Oh ya, mereka ini pemain PROFESSIONAL. Sudah tentu BERBALOI untuk membeli tiket semahal itu untuk melihat mereka beraksi, bukan? 

Jadi, kenapa tidak boleh diaplikasikan itu kepada perlawanan negara kita sendiri? Kalau mahu melihat perlawanan yang BERKUALITI, perlulah membayar dengan harga yang LEBIH berbaloi dengan kualiti perlawanan. Jikalau harga yang dibayar kurang daripada kualiti yang ditunjukkan pemain, apakah anda tidak terfikir akan PERASAAN si pemain itu? Berhempas-pulas mereka beraksi untuk menyajikan permainan yang hebat untuk anda, anda pula TIDAK SANGGUP untuk membayar harga mereka. Inikah penyokong Malaysia?? 

Bangunlah Malaysia, bagaimana hendak MEMAJUKAN sukan bola sepak Malaysia jikalau harga tiket yang sebegitu pun sudah tidak sanggup membayar? Apa gunanya anda melaungkan sokongan anda kepada sukan ini jika anda sendiri tidak sanggup memberi mereka ganjaran yang setimpal dengan aksi yang mereka tontonkan kepada anda? 

Saya betul, kan? 
ORANG MALAYSIA INI MANJA!!! 

p/s: lagi blog yang menyuarakan pendapat yang serupa, blog denaihati dan blog kubakoya

4 kritikan:

fuuyooh said...

Betul betul betul.. org malaysia memang manja.. :) macam saya .. hihihi

MONAT © 2011 said...

:) ada betul point anda disitu :) ini pula point saya. :)

1. Liga EPL / Luar yang beraksi di Malaysia bukan selalu datang ke negara kita. :) malah mungkin ada yang sekali seumur hidup akan menonton pasukan kesayangan mereka beraksi di Malaysia. Jadi , harga tiket bukan menjadi penghalang , dalam seratus / 200 = sekali seumur hidup.

2. Liga di Malaysia ? banyak kali akan berulang , kalau dah letak mahal , memang kita kena samakan dengan harga tiket dengan taraf liga kita , with good perfomance , comes great supporter , walaupun ada juga yang bad perfomance , great supporter. tp di Malaysia kita maklum ianya tidak sedemikian.

3. faktor lokasi juga satu masalah besar. tiket mahal , rm50 kalau venue di bukit jalil , rasanya tak ada masalah. Stadium Shah Alam dengan kondisi yang teruk , yah memang teruk , padang pun teruk , rasanya tidak berbaloi untuk fans / peminat membayar rm50.

4. RM50 bukan disumbangkan untuk penambahbaikan / pemantapan mutu permainan bola sepak negara kita , adakah disalurkan kepada player? tidak! F.A.M cekik sendiri duit tu.

5. ini bukan manja :) ini cuma satu tindak balas daripada mereka yang sudah lama menyaksikan / menyokong SUKAN BOLA SEPAK DI NEGARA kita :)

sekian terima kasih.

Cha sahaja said...

ye,btul ape yg monat tu ckp. FAM dan dan je ltkkan harga mhl utk final ni. mmg ptut kne hack. amek duit, diorg yg cekik kt kroni diorg. ideologi katenye. pdhl nk crik duit.

Encik JI said...

mana bayaran untuk pemint yang slama ni menyokong pasukan masing2?

xkan dengan naikkan harga tiket tu dianggp hadiah kesetiaan?

kenapa bila final je, harga tiket mningkt berganda2? sdangkn perlawanan biasa, harga tiket biasa je. kita manusia, sendiri boleh pkir.
nmpk sangat ada unsur2 nk mengaut keuntungn yg diluar norma.

jadi, jgn salahkn sbelah pihak kerana cuba mnegakkan kbenaran. cuba lihat di kedua-dua belah pihak, baru kita boleh hitung sndiri yg mana betul, yang mana salah.

xkan kita selama2nya nk jadi pak turut? orang kata ya, ya lah kita. walaupun benda tu membebankan kita.