Teater ini pernah dipentaskan di Stor Teater DBP pada bulan september yang lalu. Oleh kerana sambutan yang cukup baik yang diterima, pihak produksi Teater Juta-Juta mementaskan sekali lagi teater hebat ini di Panggung Eksperimen Mawar Sari, Presint 3, Putrajaya.
Oleh kerana tidak berkesempatan untuk menonton teater ini pada bulan september, jadi saya memang teruja untuk menonton teater ini kali ini (dah dekat dengan kolej..hehe).
Pas masuk boleh ditempah dengan menghubungi Hilal Azmi (019-3572093). Saya sarankan tempah tiket awal-awal, memang susah nak masuk kalau tidak tempah tiket terlebih dahulu.
Untuk lebih maklumat, boleh 'like' laman Facebook Teater Juta-Juta dan juga 'RSVP' di 'event page' Teater Juta-Juta PUTRAJAYA.
Saya memang sarankan semua untuk menonton teater ini. Memang banyak ulasan positif yang diberikan oleh insan-insan yang sudah menonton teater ini. Bak kata Broframestone di twitter, "confirm xde cetak rompak"..huhu.
Tak percaya? Nah, ini buktinya.
Kredit video: Broframestone
Masih belum teruja? Mungkin video promosi ini boleh meyakinkan anda.
p/s: Mahu jumpa @FasyaliFadzly @fazleenaH @aloyparadoks & @AnazRidzuan pada 10 Nov. Ikut?




0 kritikan:
Post a Comment