Hurm.
Pernah tak?
Anda mencintai seseorang, sepenuh hati. Cinta anda berbalas, malahan lebih dari nilai cinta yang anda berikan kepada dia. Anda berdua telah pun merancang untuk melayari bahtera perkahwinan bersama. Namun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, takdir mungkin, anda terpaksa berpisah dengan dia. Hati anda hancur, luluh, namun tiada apa yang boleh dilakukan bagi mengubah keadaan yang telah berlaku. Dia bukan milik anda lagi. Anda berdua ditakdirkan untuk tidak hidup bersama.
Lama masa berlalu.
Anda telah melepaskan segala kesedihan dulu. Anda telah hilangkan segala rasa sedih yang anda rasai dulu. Anda sudah bersedia memulakan hidup yang baru. Malahan, anda telah pun berjumpa dengan pengganti yang menyayangi anda sepenuh hati. Anda juga begitu. Dunia anda kini dirasakan cukup sempurna. Anda telah berjaya melupakan cinta yang lama. Anda cukup bahagia.
Kemudian.
Anda mengetahui yang dia masih di dalam kesedihan cinta lama yang tidak kesampaian. Dia sudah mempunyai satu kehidupan yang baru, namun dia masih lagi berpegang pada yang lama. Dia masih lagi bersedih akan kehilangan cinta yang lama. Dia ada insan tersayang yang bergantung hidup kepadanya, namun dia seakan hilang kekuatan untuk meneruskan hidup.
Kasihan.
Anda tidak lagi cintakan dia. Anda sudah tiada apa-apa perasaan terhadap dia, anda juga tidak ada dendam dengan dia. Mungkin, kerana itu, masih ada sekelumit perasaan kasihan dan ambil berat dalam diri anda kepada dia. Anda sangat kasihan melihat keadaan dia. Anda ingin membantu dia. Anda ingin dia lihat yang anda kini cukup bahagia dengan cinta baru. Anda ingin dia bahagia seperti anda. Dia sudah ada kehidupan baru, anda ingin melihat dia bahagia dengan kehidupan itu.
Anda mampu.
Tetapi, dia tidak mampu.
Tidak mampu untuk melepaskan cinta yang pergi...
p/s: 'Cinta baru' cukup memahami keadaan ini. Syukur. Terima kasih.
Tweet






0 kritikan:
Post a Comment